Apr 5, 2010

menyepi

Salam...


Permulaan minggu ni terasa sgt lemah... Namun sy gagahkan jua tuk meneruskan lecture pg td.. ermmm.. Wake up dyana...!

Firstly, Al-Fatihah utk Allahyarham Mior Ahmad Fuad (Din Beramboi) dan kwan sy di UTM, Arwah Yenny.. Kedua2 pergi dgan cepat.. Sakit yg hanya beberapa hari... Arwah kak yenny bru mendirikan rmahtangga sbulan lalu.. Namun, ketentuan Allah tiada siapa mampu melawan.. Tak lupa juga, bt adik Helmi (jiran rumah lama) yg sedang koma akibat kemalangan jalan raya, semoga kamu kuat tuk "berjuang" meneruskan kehidupan..


Pd sy, kehidupan adalah percaturan antara gembira dan sedih... Bila kita dpt apa yg kita inginkan, kita gembira.. Begitu juga sebaliknya... Secara fitrah, kita hanya ingin kan yg baik2(yang menggembirakan) berlaku dlam kehidupan kita.. Dan, kita peroleh kebebasan merancang seluas mn pun kta suka.. Namun, percaturan dan ketentuan dr Yang Maha Esa adalah noktah segalanya... Noktah terbaik bt kita.. Yang perlu kta terima dgan redha.. Dan kerana itu, mintalah yg TERBAIK di sisiNYA... Terbaik dr "mata" kita bukan semestinya TERBAIK yg sebenar di sisiNYA...

Dari Surah Al-Baqarah ayat 216;
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


Byak perkara berlaku disekeliling mengajar sy.. Kehidupan terlalu "besar" tuk di rungkai... Tapi.. Bila stop and think.. Sy bersyukur dgan apa yg sy ada... Bersyukur dgan keadaan sy... Dan sy ingin sentiasa ingatkan diri sy, jgan terlalu bersedih, kerana "masa" sy didunia ini adalah rahsia yg sy tak tahu, dan jgan isi masa itu dengan kesedihan shj.. Berilah ruang pd diri tuk gembira dan bhagia... Sy percaya akan kasih syg Maha Pencipta, "sedih" dtg untuk percaturan yg lebih baik akan dtg.. Insyallah...

Dari surah At-Taghabun ayat 11;
Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

So, sy hanya perlu yakin...

Dan sebelum coretan ini berakhir, sy ingin kongsi "gembira" rakan2 yg selamat bertunang... Pertama bt Lina, shabat merangkap sepupu sy yg tercinta.. Tahniah lina, dyana tumpang gembira.. Semoga Allah permudahkan urusanmu.. Dan anis yg bertunang kelmarin, jdoh urusanNYA, yakin dan DIA berikan yg terbaik btmu wahai kawan..


s4b:*Selamat Hari Lahir...* Trima dan redha dengan apa yg berlaku... Hadapi semua dengan senyuman....

No comments:

Post a Comment