Salam...
Sekali sekala dlam melayari sebuah pelayaran kehidupan, terasa hati semakin teruji.. Sejauh mana kekuatan diri untuk terus berapa di laluan sejati menuju pencinta azali..? Rasa ketidakadilan seringkali menulari diri.. Cemburu menguasai diri.. Mengapa begini..? Mengapa diri ini..? "Sakit" menulari diri.. Mungkin ada ketika kalian pernah berasa begini... Lumrah manusia menyelak kekurangan diri yg menenggelamkan kelebihan hadiah Illahi..
Terkadang kita cuba berdiri teguh.. Gagahi stiap liku dan fasa.. Namun, suara-suara nakal seringkali mengusik hati yg merungkai air jernih di pipi.. Yep, kita hanya manusia biasa, yg cuba menjadi luar biasa, yg juga punya rasa.. Cukup kuatkah andai diasak berkali-kali..? Apa perlu di lakukan bagi merawat hati..? Siapa gerangan memahami..? Perlu bercerita..? Atau cerita akan menjadi bahan umpatan yg asalnya sekadar meluah rasa..? Ahhh.. seringkali rs penat menahan rasa ini...
Kerenung seketika...
Kasih seorang ibu kerap memberi yg terindah bt si anak.. Menjaga sepenuh hati, memberi kasih syg sepenuh hati, berkorban membakar diri.. Tiada kata gambaran kasih seorang bergelar ibu.. Sedari kecil mendidik tanpa jemu, membesar tanpa lelah.. Satu ketika yang lain, sianak sakit.. Si ibu menyuap ubat... Anak meluahkannya semula, pahit..! Tetapi puas ibu memujuk, itu ubat... Si anak masih berdegil, lalu si ibu memaksa anak meminum ubat itu dengan cara yang lebih keras dan tegas... Mengapa....?
Dan, yang hakiki, kasih syg Allah itu melebihi kasihnya seorang ibu kepada anaknya.. Mampu kah kita menilai berapa byak lebihnya..? Akal manusia adalah terbatas... Sedangkan ilmu Allah Maha luas... Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya... Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak..
Oleh itu.... Mengapa kita kerap kali mengungkit yg kurang berbanding byak kelebihan yg di beri..? Tidak salah bersedih dengan musibah... Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah... Namun janganlah kita membantah dengan sombong... Dan jangan bersedih secara keterlaluan... Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui..?
Alangkah malangnya si anak yang meluahkan ubat yang disuapkan ibunya… Namun lebih malang lagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang “dihadiahkan” oleh Tuhannya! Dia akan menderita dua kali... Pertama, menderita oleh musibah itu... Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu...
Erm... Di ketika haus akan seribu satu jawapan... Carilah jawapan drNYA.. Pasti ketenangan dikecapi andai kebergantungan hanya pdNYA...
s4b:seringakali tercuit rs stiap kali menyelak GentaRasa.. semoga diri ini cukup kuat menongkah arus sementara menanti ms menghadap yg Esa..
No comments:
Post a Comment