Alhamdulillah, hari ini 3 Ramadhan sudah.. Semoga amalan kita semakin baik di bulan mulia ini.. Dan semoga segala usaha itu diterima olehNYA..
Sedikit perkongsian dr pembacaan sy di GentaRasa,
“We can’t direct the wind, but we can adjust our sails”
‘Ujian adalah satu didikan Tuhan’
‘Ujian adalah satu didikan Tuhan’
Lihat masalah dengan peluang mendapat didikan di sebaliknya. Masalah hakikatnya adalah agenda pembelajaran dan pendidikan yang datang ‘direct’ daripada Allah untuk membangunkan diri kita. Manusia berkembang dan berkemajuan dengan melangkah anak tangga masalah demi masalah dalam hidupnya. Ini ‘syllabus’ pelajaran yang anda tidak boleh mengelakkan diri.
Masalah ialah anak tangga kehidupan. Jika anda merungut, kenapa aku terpaksa melaluinya, anda akan terus melekat di anak tangga itu. Jika kita cuba melompat, kita akan jatuh tersembam. Kata orang, jangan berlari ketika menaiki tangga.
Jangan mengeluh, kenapa manusia lain jadi begitu, begini … itu selamanya akan melekatkan kaki kita pada anak tangga ujian itu. Jangan memberontak, kerana kita tidak dapat mengubah realiti…
"Hakikatnya hidup adalah sebuah sekolah"

Jalan sebaik-baik, terimalah seadanya.
Jadi, selalu sematkan di hati, bahawa orang-orang yang berjaya dalam hidup sebenarnya telah melalui agenda demi agenda yang sarat dengan dalam episod kehidupan mereka. Malangnya, kita selalu melihat apabila mereka telah sampai ke puncak tetapi ketika mereka mendaki di lurah atau tersembam ke lembah… tidak ada siapa yang tahu, apalagi ingin belajar darinya.
Cabarannya ialah kebanyakan manusia tidak tahu bagaimana menggunakan sepenuhnya potensi akal, hati dan perasaan mereka untuk mengatasi masalah-masalah seterusnya berjaya dalam hidup. Sedangkan hakikatnya, pakar-pakar psikologi, motivasi dan pendidikan sepakat mengatakan bahawa manusia lebih kuat daripada apa yang mereka sendiri jangkakan.
Oleh itu, jika hati telah tenang, fikiran telah lapang, kita akan jadi lebih kuat, kreatif dan sabar untuk menyelesaikan masalah. Malah, ada kalanya masalah belum pun diselesaikan… tetapi kita rasa seolah-olah telah selesai justeru tekanan dan himpitan masalah itu sudah kurang impaknya akibat jiwa dan fikiran kita yang telah dibangunkan.
s4b: hidup itu pelangi, penuh berwarna-warni.. punya kisah dan makna tersendri bg mendidik dri..
Dan ingatlah, ini semua hakikatnya daripada Allah jua. Sebagai hamba, kita perlu menerimanya. Ini akan memberikan satu kekuatan dalam diri kita. Yakinlah, Allah mendatangkan ujian yang setimpal dengan keupayaan kita.
Cabarannya ialah kebanyakan manusia tidak tahu bagaimana menggunakan sepenuhnya potensi akal, hati dan perasaan mereka untuk mengatasi masalah-masalah seterusnya berjaya dalam hidup. Sedangkan hakikatnya, pakar-pakar psikologi, motivasi dan pendidikan sepakat mengatakan bahawa manusia lebih kuat daripada apa yang mereka sendiri jangkakan.
Oleh itu, jika hati telah tenang, fikiran telah lapang, kita akan jadi lebih kuat, kreatif dan sabar untuk menyelesaikan masalah. Malah, ada kalanya masalah belum pun diselesaikan… tetapi kita rasa seolah-olah telah selesai justeru tekanan dan himpitan masalah itu sudah kurang impaknya akibat jiwa dan fikiran kita yang telah dibangunkan.
Benarnya kata pepatah, cita-cita besar akan mengecilkan masalah.
s4b: hidup itu pelangi, penuh berwarna-warni.. punya kisah dan makna tersendri bg mendidik dri..
No comments:
Post a Comment