Dec 22, 2010

salah bantal

Salam..
Ada sedikit info yang ingin sy kongsikan berkenaan sakit akibat "salah bantal".. Salah bantal adalah istilah yang sering digunakan kalau bangun pagi2, then sakit leher, ssah nak pusing atau gerak kan leher.. Itulah yang saya alami 2 hari kebelakangan ni.. Berpunca ms sy ke rumah makcik 2 hari lalu, sy tidur dalam keadaan yang kurang betul.. Akibat rs sakit, sy cube google info berkenaan cara2 hilang sakit akibat salah bantal ni.. Ad yg suggest pergi berurut, tp... Disbbkn sy sgt tidak selesa dan sakit untuk berurut... so, sy perlu kaedah lain untuk heal rs sakit ni... So, ini antara hasil penemuan sy..

INFO: 
Tip elak sakit otot dan sendi
 •Postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok
•Tidur atas tilam yang keras
•Elakkan mengangkat barang berat secara membongkok
•Kerap bersenam – elok untuk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
•Pastikan berat badan ideal kerana pengurangan berat badan boleh membantu
•Amalkan rehat seketika termasuk melakukan regangan ketika memandu, berdiri atau duduk yang lama
•Pelajari teknik menangani tekanan.

Antara kaedah menangani kesakitan sendi/otot:
•Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi itu secukupnya contohnya menerusi penggunaan ‘splint’ (alat khas)
•Kerap mengenakan ’cold pack’ (ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan (keradangan)
•Selepas beberapa hari, guna pek sejuk dan panas secara berselang. Urut secara lembut juga boleh membantu
•Gunakan pek panas untuk meringankan ketegangan sendi.
•Guna ubat penahan sakit seperti paracetamol (panadol) atau ubatan jenis ubat bukan steroid anti-radang (NSAID). jika paracetamol tidak melegakan. Ini boleh didapati di farmasi.
•Guna kasut bertumit rendah
•Andai sakit berterusan, dapatkan rawatan dengan berjumpa pakar.

atau,
Letakkan tapak tangan pada bahagian leher atau kain yang dibasahkan dengan air garam asli dan bacalah surah AL-Feel .disudahi dengan AMIN .InsyALLAH surut bengkaknya..


Sekian, semoga bermanfaat untuk anda juga...

No comments:

Post a Comment