May 12, 2011

Ada apa dengan sabar..?

Sabar itu ganjarannya syurga..
Dengan keyakinan itu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga.
Sesungguhnya,
Sabar itu indah..

Puisi En Pahrol Muhamad Juoi, petikan Solusi isu 31.
Jika langit hendak runtuh,
Bagaimana jari hendak menahannya,
Kita hamba dibatasi takdir,
Di situlah nokhtah segala tadbir.

Hitungkan laut kesyukuran,
Di pinggir pantai kesabaran,
Carilah hikmah tuailah iktibar,
Sabarlah dalam bersabar.

Betapa pun terasa pahit,
Janganlah hendak tercalar tauhid,
Sesungguhnya sabar itu indah,
Didikan terus daripada Allah.

Ujian itu penebus dosa,
Meningkatkan darjat,
Menambahkan pahala,
Bingkisan tazkirah daripada Yang Esa,
Bagai ombak,
Penghias samudera..

p/s: marah itu mudah namun sabar itu indah

No comments:

Post a Comment