Dia sedang menunggumu,
Dia sedia menyambutmu,
Tunjukkan pada-Nya hatimu yang terluka,
Adukan pada-Nya betapa kau kecewa,
Kisahkan pada-Nya betapa kau hiba,
Pasti kau takkan kecewa kerana Dia sungguh kasih kepadamu,
Walaupun hari-hari yang lalu kau pernah dan seringkali melupakan-Nya.
Sungguh, ketenangan ini adalah satu anugerah yang sangat istimewa. Kerana ia tidak dimiliki oleh sesiapa, melainkan Allah S.W.T. Manusia tidak dapat memberikan ketenangan, harta bertimbun bukan syarat memiliki ketenangan, paras rupa bukan juga tukaran ketenangan, keluarga dan sahabat bukan jaminan, kerana di sinilah terletaknya Keadilan dan Keagungan Allah S.W.T.
Namun, hari ini pabila kau datang pada-Nya, Dia akan berlari mendapatkanmu. Namun, ingatlah! Jangan pernah lupa kepada-Nya bila telah Dia berikan ketenangan lalu membebaskanmu dari belenggu kesukaran! Bukankah Dia terlebih dahulu memujuk kita hamba-Nya dengan firman-Nya:
'(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram' [Ar-Ra'd: 28]
Sumber: disini
Oleh itu wahai hati, tenanglah kamu dengan mengingati Allah S.W.T, yg pasti tidak akan melukakan hatimu...
No comments:
Post a Comment