Aug 19, 2011

Malam Itu

Salam Ramadhan,

Bermacam2 perasaan ada ketika ini.. Bercampur baur menjadi satu..
Syukur atas segala nikmatMu Ya Allah.. Alhamdulillah..
Walau apa pun yang tertakdir buatku, aku pasti semua bermaksud baik untukku...
Terima kasih Ya Allah  atas setiap didikan ini...
Semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari.

Semoga dengan kedatangan sepuluh malam terakhir Ramadhan mulia ni, kita mampu memanfaatkannya sebaik mungkin.. Sy kongsikan sedikit info berkenaan malam yang kita nantikan iaitu malam Lailatul Qadar;

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain Ulama’ Sufi untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal Ramadhan jatuh pada hari: 

Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan.
Berdasar petua di atas, insyaAllah malam qadar jatuh pada malam ke 21 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 20 hb Oktober 2011 (malam minggu)

Tanda malam qadar :
1)Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2)Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3)Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami (memberi salam) orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada Allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah yang kelebihannya pahalanya melebihi - 1000 bulan atau 83 tahun umur kita



InsyaAllah, semoga kita berkesempatan mengambil peluang yang sangat besar ini..

No comments:

Post a Comment