Jun 28, 2012

Tafsiran perasaan

Assalammualaikum.

Sedikit perkongsian yang sy ambil dari post Heliza Helmi. 

~♥~...Ustaz Azhar Idrus kata,
Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia...

~♥~...Ustaz Mohd Kazim Elias kata,
 Cinta adalah perasaan yang telah dikurniakan Allah kepada setiap manusia. Kita tidak boleh halang seseorang jatuh cinta, tapi kita cuma boleh bimbing cinta itu ke arah kebaikan...

~♥~...IMAM MUDA Asyraf kata,
Cinta itu fitrah dan mencintai itu tidak salah, cinta boleh jadi salah apabila kita... mencintai seseorang sehingga lupa dan lalai terhadap ALLAH s.w.t...

~♥~...Ustaz Zamri kata,
Anda telah bersedia untuk bercouple jika niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara...

 

Wahai sang adam, janganlah mendekati hawa sekadar suka-suka untuk mengisi slot kekosongan hati atau kepentingan diri. Hawa bukanlah boneka, sebaliknya hawa miliki hati yang mungkin kelihatan tegar namun sebenarnya sangat lembut untuk disakiti. Tak perlu perhubungan berlebihan antara hawa dan adam, kerana ia hanya menjauhkan keduanya dari Allah. Biarlah keseorangan dari berhubung untuk menambah dosa, kerana walau keseorangan, cinta Allah itu sentiasa ada dan mekar. Sesungguhnya, suatu hari pasti Allah kurnia insan terbaik di sisi masing-masing untuk sama-sama membina bahagia, insyaAllah. 

Hawa bukanlah insan sempurna yang mahu seorang adam yang sempurna, namun biarlah kehadiran antara satu sama lain membawa diri masing2 ke arah yang lebih baik. Semoga kehadiran orang di sekeliling kita mampu buat kita lebih dekat dengan Allah. InsyaAllah.

nur.

No comments:

Post a Comment