Jul 18, 2012

Cabaran kehidupan

Assalammualaikum.
 Semoga hari-hari yang kita lalui mematangkan kita dan mendekatkan kita kepada Allah.
InsyaAllah.
Setiap dari kita pasti punya kisah dan rahsia.
Dalam menelusuri kehidupan di dunia.
Walau payah, pahit, kita perlu lalui.
Kerana kita hamba, serba lemah dan hina.
Namun jangan itu menjadi alasan kita terus terbuai kehampaan.
Semoga dengan cabaran dunia mampu menambah saham kita ke akhirat sana.

Saya petik karya Hilal Asyraf tentang cabaran kehidupan, 
semoga menjadi pengingat dan penguat dalam meniti kehidupan.
InsyaAllah.
 
Hidup ini penuh dengan cabaran.
Dan.. harapan kita bukanlah insan. 
Harapan kita hanyalah Allah SWT.

Tiadalah kekuatan selain kekuatanNya. 
Tiadalah kasih sayang melainkan kasih dan sayangNya. 
Tiadalah kemenangan melainkan yang diberikan olehNya. 

Maka untuk menghadapi cabaran-cabaran ini, hubungan denganNya perlu dipertingkatkan. 
Dengan itu, diri akan menjadi lebih gagah dan perkara.

 
Sebuah puisi indah untuk jiwa yang sedang diuji dengan cabaran.
 Bertajuk, "Kau Temu Bahagia".
Karya, Afdholul Rahman bin Che Ani.

"Dan tika kau merasakan betapa sempitnya dunia ini,
Maka lihatlah pada keluasan Ilahi,
Pasti kau kan temui bahagia diri meski diuji.

Dan tika dunia ini tidak mampu beri semua yang kau mahu,
Maka bersandarlah pada Rabb-mu,
Kerana sungguh Dia sentiasa membahagiakanmu dengan apa yang kau perlu.

Dan tika kau hampir jatuh dibuai arus dunia,
Maka bangunlah segera merapat pada Dia,
Kerna nanti Dia akan gembira melihat kamu tidak pernah berputus asa."
 
Sesungguhnya,
Hidup ini penuh dengan cabaran. 
Tetapi kita masih ada Allah sebagai pergantungan.
Bertabahlah.
nur
 

No comments:

Post a Comment