Assalammualaikum.
Harini, saya dapat suatu kata2 indah dari sahabat saya di Jepun. Betapa beliau mengerti rasa hati ini, yang kadangkala goyah mengikut keadaan. 
Terima kasih Allah, kerana sentiasa menghadiahkan hambaMu ini dengan sahabat2 yg sentiasa mengingatkan diri ini padaMu.
Berikut adalah ayat2 indah dari sahabat sya;
Bila
 bercakap tentang tarbiyah, ramai yang pasti menitiskan air mata. 
Jalan-jalan tarbiyah yang dilalui selama ini penuh dengan titisan air 
mata jernih. Bukan kerana kita menyesal atau sedih memilih jalan ini, 
tetapi tangisan kita kerana banyaknya 
dosa-dosa lampau yang pasti takkan terhapus sekiranya tiada keampunan 
dari Illahi. Menangisnya kita kerana bersyukur, Allah masih memilih diri
 kita ini walaupun kita sebelum ini belum tentu cukup solatnya,belum 
tentu baik akidahnya dan lebih teruk lagi, kita yang selama ini sering 
melupakanNya.. Allah..
Jalan tarbiyah setiap orang pasti berbeza. Cerita kehidupan kita pasti sahaja tidak sama walaupun seerat mana sekalipun persahabatan kita. Tapi hakikatnya, cerita kita tak banyak beza..walaupun jalannya bermacam liku, tetapi matlamatnya tetap sama.
Allah... Tarbiyah itu banyak sangat mengajar kita erti kehidupan. Tarbiyyah itu mendidik akidah kita, membentuk dan merawat hati kita yang fitrahnya memerlukan Illahi.
Tarbiyah itu bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah. 
 
 Wahai ukhti,
Tarbiyah itu ibarat ubat
Pahit tapi demi merawat kelukaan
Kita harus telannya
Dikala kita kesakitan
Kita sangat memerlukan tarbiyah
Supaya lompong-lompong hati ini kembali terisi..
 
Maka ukhti,
Berlapang dada dengan segala jenis tarbiyah yang bakal mendatang
Jalan ini panjang dan payah
Ikhlaskan hati
Yakinlah dengan janji Illahi
Kerana yang pasti
Kamu tidak sendirian ya ukhti..
Aku juga seperti kamu, melangkah dijalan ini…
Tarbiyah itu ibarat ubat
Pahit tapi demi merawat kelukaan
Kita harus telannya
Dikala kita kesakitan
Kita sangat memerlukan tarbiyah
Supaya lompong-lompong hati ini kembali terisi..
Maka ukhti,
Berlapang dada dengan segala jenis tarbiyah yang bakal mendatang
Jalan ini panjang dan payah
Ikhlaskan hati
Yakinlah dengan janji Illahi
Kerana yang pasti
Kamu tidak sendirian ya ukhti..
Aku juga seperti kamu, melangkah dijalan ini…
Moga hati ini kuat untuk terus mencintaiMu lebih dr segala2 nya. 
Terima kasih sahabat atas perkongsian bermakna ini,
nur  
 
 
No comments:
Post a Comment