Mar 4, 2014

Rahsia Allah

Assalammualaikum..

Apa yang akan terjadi adalah rahsia Allah. 
Dengan usaha dan tawakal, insyaAllah pasti Allah beri yang terbaik.
Setiap yang Allah beri pasti bermaksud baik, walau di mata manusia ia tidak sempurna.

Kasih Allah itu melebihi segala kasih di alam ini.
Sekiranya Allah belum memakbulkan apa yang kamu minta, pasti itu bermaksud baik.

Percayalah wahai hati. 
Sabar itu pasti manis.


Jika Allah mentakdirkan kamu masih sendiri di umur begini.
Pasti itu yang terbaik, untuk kamu berbakti sepuasnya dengan ibu bapamu.

Sabarlah wahai hati. 
Allah tahu setiap detik nadimu.
Allah tahu setiap gerak hatimu.
Allah tahu.

Rezeki, jodoh, umur.. 
Semua itu rahsia Allah.
Doa agar Allah beri yang terbaik dari pandangan Allah.
Yakinlah dengan Allah.

Semoga Allah pimpim hati ini untuk sentiasa dekat denganNya.
Saya kongsikan video yang kerap saya tonton.
Yang menyentuh hati saya untuk kuat.

Topik ramadhan tapi sentuhannya melebihi sekadar ramadhan.


 Till then.
 Moga Allah bantu kita jadi muslimin yang baik.

Mengadulah pada Allah, kerana hati kita milikNya.

nur.


No comments:

Post a Comment