Harini, saya dapat suatu kata2 indah dari sahabat saya di Jepun. Betapa beliau mengerti rasa hati ini, yang kadangkala goyah mengikut keadaan.
Terima kasih Allah, kerana sentiasa menghadiahkan hambaMu ini dengan sahabat2 yg sentiasa mengingatkan diri ini padaMu.
Berikut adalah ayat2 indah dari sahabat sya;
Bila
bercakap tentang tarbiyah, ramai yang pasti menitiskan air mata.
Jalan-jalan tarbiyah yang dilalui selama ini penuh dengan titisan air
mata jernih. Bukan kerana kita menyesal atau sedih memilih jalan ini,
tetapi tangisan kita kerana banyaknya
dosa-dosa lampau yang pasti takkan terhapus sekiranya tiada keampunan
dari Illahi. Menangisnya kita kerana bersyukur, Allah masih memilih diri
kita ini walaupun kita sebelum ini belum tentu cukup solatnya,belum
tentu baik akidahnya dan lebih teruk lagi, kita yang selama ini sering
melupakanNya.. Allah..
Jalan tarbiyah setiap orang pasti berbeza. Cerita kehidupan kita pasti
sahaja tidak sama walaupun seerat mana sekalipun persahabatan kita. Tapi
hakikatnya, cerita kita tak banyak beza..walaupun jalannya bermacam
liku, tetapi matlamatnya tetap sama.
Allah... Tarbiyah itu banyak sangat mengajar kita erti kehidupan.
Tarbiyyah itu mendidik akidah kita, membentuk dan merawat hati kita yang
fitrahnya memerlukan Illahi.
Tarbiyah itu bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah.
Wahai ukhti, Tarbiyah itu ibarat ubat Pahit tapi demi merawat kelukaan Kita harus telannya Dikala kita kesakitan Kita sangat memerlukan tarbiyah Supaya lompong-lompong hati ini kembali terisi.. Maka ukhti, Berlapang dada dengan segala jenis tarbiyah yang bakal mendatang Jalan ini panjang dan payah Ikhlaskan hati Yakinlah dengan janji Illahi Kerana yang pasti Kamu tidak sendirian ya ukhti.. Aku juga seperti kamu, melangkah dijalan ini…
Moga hati ini kuat untuk terus mencintaiMu lebih dr segala2 nya.
Terima kasih sahabat atas perkongsian bermakna ini,
"We often forget that Allah alone can help us
overcome the many problems we encounter in our daily lives. The secret
is to keep Allah in mind, constantly, so that when any difficulty
arises, we can address it confident in the knowledge that Allah is aware
of our situation. We should never face any problem on our own; Allah is
with us and He inspires and authorises the solution." - Zakia Usmani
So true.
and i know, in what ever situation, U will always there for me.