May 21, 2013

Tarbiyah itu

Assalammualaikum.

Harini, saya dapat suatu kata2 indah dari sahabat saya di Jepun. Betapa beliau mengerti rasa hati ini, yang kadangkala goyah mengikut keadaan.
Terima kasih Allah, kerana sentiasa menghadiahkan hambaMu ini dengan sahabat2 yg sentiasa mengingatkan diri ini padaMu.

Berikut adalah ayat2 indah dari sahabat sya;

Bila bercakap tentang tarbiyah, ramai yang pasti menitiskan air mata. Jalan-jalan tarbiyah yang dilalui selama ini penuh dengan titisan air mata jernih. Bukan kerana kita menyesal atau sedih memilih jalan ini, tetapi tangisan kita kerana banyaknya dosa-dosa lampau yang pasti takkan terhapus sekiranya tiada keampunan dari Illahi. Menangisnya kita kerana bersyukur, Allah masih memilih diri kita ini walaupun kita sebelum ini belum tentu cukup solatnya,belum tentu baik akidahnya dan lebih teruk lagi, kita yang selama ini sering melupakanNya.. Allah..

Jalan tarbiyah setiap orang pasti berbeza. Cerita kehidupan kita pasti sahaja tidak sama walaupun seerat mana sekalipun persahabatan kita. Tapi hakikatnya, cerita kita tak banyak beza..walaupun jalannya bermacam liku, tetapi matlamatnya tetap sama.

Allah... Tarbiyah itu banyak sangat mengajar kita erti kehidupan. Tarbiyyah itu mendidik akidah kita, membentuk dan merawat hati kita yang fitrahnya memerlukan Illahi. 
Tarbiyah itu bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah.

Wahai ukhti,
Tarbiyah itu ibarat ubat
Pahit tapi demi merawat kelukaan
Kita harus telannya
Dikala kita kesakitan
Kita sangat memerlukan tarbiyah
Supaya lompong-lompong hati ini kembali terisi..

Maka ukhti,
Berlapang dada dengan segala jenis tarbiyah yang bakal mendatang
Jalan ini panjang dan payah
Ikhlaskan hati
Yakinlah dengan janji Illahi
Kerana yang pasti
Kamu tidak sendirian ya ukhti..
Aku juga seperti kamu, melangkah dijalan ini…

Moga hati ini kuat untuk terus mencintaiMu lebih dr segala2 nya.
  
Terima kasih sahabat atas perkongsian bermakna ini,
nur 

May 7, 2013

Setiap rasa


Semua rasa ini drMu ya Allah, 
kuatkan aku untuk melaluinya.

Amin.


Ingatlah, dalam setiap rasa sakit yang Allah beri, pasti terselit kemanisan.


nur.

Apr 17, 2013

Kenali dia

Assalammualaikum.

Bermula dengan video Dr Maza, sy terjumpa video ni.
Sangat lembut tutur kata dan bernas butir katanya.


Semoga Allah kuatkan hati ini utk mengikut jalanNya.
May Allah be the first for everything.

nur.

Mar 15, 2013

Belajarlah redha

 
Yang kita dapat tak semestinya yang kita pinta,
yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita,
yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka...

 
Belajarlah redha apa yang kita ada,
itulah yang terbaik buat kita,
walaupun itu bukan yang kita suka...

nur

Mar 9, 2013

True love


Difficult to find true love, but true love does exist.

Mine..?


nur.

Mar 1, 2013

I trust U

February left.
Be nice ya March.

 
 
"We often forget that Allah alone can help us overcome the many problems we encounter in our daily lives. The secret is to keep Allah in mind, constantly, so that when any difficulty arises, we can address it confident in the knowledge that Allah is aware of our situation. We should never face any problem on our own; Allah is with us and He inspires and authorises the solution." - Zakia Usmani

So true.
and i know, in what ever situation, U will always there for me.

 Lots of love,
nur

Feb 4, 2013

February :)

It is February!


nur.