Seperti yg dilihat, sy juga rs yg sm.. Semakin tidak selesa.. Tp nak buat mcm mn kalau dh metabolisma rendah.. Cuma, bisakah sy menutup mulut org disekeliling.. Andai kata ditutur lembut dan membina, mungkin lembut sy trima.. Ni dgan yakin je komen... Aduhai... Siapa x sedih bai...
Perlukah sy utarakan apa getaran rasa ke semua org, agar mereka tahu apa yg sy alami..? Huh.. Andai semudah yg disangka.. Hina ke kalau berbadan besar...? Atau terasa sukar untuk berkerjasama dgn insan berbdan besar..? Semestinya idaman setiap org, kelihatan "cantik" mengikut acuan mereka, kurus + putih + bla bla.. So..? Nak kena jd Jacko ke..? Tukar warna.. Atau paksa kurus dgan ambil mcm2 ubat..? Kemudian terima shj kesan smpingannya.. Semata2 untuk kelihatan cantik di mata mereka...
Biarlah, selagi mereka ada mulut tuk berbicara, sy tiada daya menghalang.. Mungkin niat untuk menegur dgn cara baik, tp mereka tanpa sedar menguris hati insan lain.. Sy maafkan... Sy tetap sy, walau ada mengata, mengapa tak bersenam..? Kamu tahu ke sy x bersenam...? Tak pa, mcm sy ckap.. sy maafkan kamu...
Hanya ikan tahu apa rsnya hidup di dalam air.. Kucing tak akan fham kehidupan ikan.. Begitu jg sebaliknya.. Jgan kerana mereka kita meratap bersedih.. Mereka adalah sebahagian warna-warni kehidupan yg perlu kita tempuh dgan penuh rs waras...
Semoga ms itu tiba dgan berkat usaha.. Berdoa agar kuat untuk bersabar dgn segala yg berlaku sepanjang perjalanan kehidupan..
No comments:
Post a Comment