Hari-hari yang berlalu minggu ini bagai memberi seribu satu kisah dan kesan dalam hidup sy... Sesungguhnya, perjalanan kehidupan sesuatu yang tak mampu untuk diduga... Berbagai2 rs hadir yang terkadang mengundang pelbagai reaksi.. Hanya pdNYA yang Maha Esa mampu sy luah satu persatu rs tanpa ada secalit rahsia...
Isnin..
Hari pertama selepas convocation di PICC.. Sy berharap kenangan lalu pergi dari diari hidup sy... Kesan sesuatu keadaan berbeza terhadap setiap insan... Namun, tiada dendam di hati ini... Sy dgn rela hati melepaskan semuanya...
Selasa..
Sy lalui hari di opis seperti biasa, menyiapkan soalan final exam, lecture dan lab.. Di rumah bersama housemater tercinta, cerita roomate sy untuk mendirikan masjid agak memeranjatkan.. Rupanya, segala urusan berlaku ketika sy sibuk bertigas di KL 2 minggu sebelumnya... Perasaan bercampur baur.. Gembira melihat seorang shabat gembira.. Tetapi sy akan "kehilangan" roomate untuk kali ke-3.. Dan kehilangan 2 housemates serentak hujung tahun ni.. sorang mmg dh tahu akan nikah 5/11 ni..Adat la.. Itu mmg lumrah, stiap yg mula pasti ada akhirnya... Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
Dan setelah sy fikir dan renung.. Biarlah sy tinggal seorang sebilik lpas ni.. mungkin kurang rs kehilangan...
So, desicion already made, sy akan berpindah rumah ke rumah sewa baru, yang lebih murah dan dekat dgn campus.. Supaya kalau ada yg akan keluar, tak la terlalu berat nak byar sewa.. Rumah bru pun dh ada, housemate bru pun dh ada, hanya tunggu hbiskan tempoh "deposit".... Selamat tinggal kenangan bersama-sama kamu shabat2 ku di kondo aras 20....
Rabu...
Masih berkisar persediaan soalan final exam, lecture dan lab.. Walaupun kebanyakan subject dh hbis lab, tp sbb sy x da 2 minggu lebih sblum ni.. so kena la extend ms lab tu hingga week 13.. Fuhhh...!Khamis..
Siang berlalu dgan pelbagai aktiviti di opis.. Kutipan derma, lecture dan lab.. Soalan final masih x siap.. Maklumla utk 3 subjek dan ada yg subjek baru.. Switch format agak mengambil masa.. Siang terasa berlalu dgn pantas kerana terlalu byak kerja yg diuruskan..
Sy rs seperti mahu pulang ke hometown, stelah penat bekerja, rs ingin melihat wajah kesayangan iaitu, keluarga tercinta.. Melerai rs letih.. Namun, berlainan situasi bla sy tiba.. Kebimbangan tak terperi.. Apa daya sy... Terlalu sulit untuk diluah dgn kata2 apa kisah sebenar.. Hanya bicara tanpa suara di hati... Selaku anak sulung, dan perempuan, kdang2 rs rapuh jika diuji terlalu kuat... Rs hilang arah... Hanya mampu menanggung semua rs ini sendirian.. Jika ujian itu terjadi pd insan yang kita amat syg, hanya pdNYA sy mampu mengadu.. Memohon agar semua akan baik2 saja seperti dulu.. Memohon agar sy cukup kuat utk lalui fasa itu.. Perlu kuat utk adik2 yang masih mentah dgn ujian... Terkdg, rs terlalu berat ujian menimpa, stu perstu, tp sy percaya, semua ini pasti ada rahsia indah drNYA...Sy trima... Walau perlu ditemani guguran mutiara jernih, gugurlah semahunya, sy perlu tabah utk lalui nya... Bersabarlah wahai hati....
Jumaat...
Dengan apa yang berlaku semalam.. Sy diberi kekuatan dgan peluang melihat seorang staff di opis yang sdang berdepan dgn kanser pa****ra.. Rs tersentuh melihat keadaan beliau.. Kuat sungguh beliau lalui fasa itu.. Tanpa setitis pun mutiara jernih di pipi.. Tanpa suara keluhan sakit juga.. Sedangkan, beliau berada di fasa paling akhir, ubat tahan sakit pun dh x mampu melawan kesakitan yg dirasa.. Doktor pun langsung tak beri ubat lagi...Hati kecil sy berkata, apalah sgt ujian yg sy lalui... Berbanding ujian beliau... Mutiara jernih menitis.. Rs syukur meresap ke hati... Allah itu maha penyayang.. Dugaan itu hanya pd hambaNYA yg mampu... Semoga beliau cukup kuat melawan sakit itu.. Walau tiada sebarang harapan diberikan..
Umpana nukilan seorang sahabat diFB;
Semoga memperoleh cukup dugaan untuk buat kita
kuat, cukup penderitaan untuk membuat kita menjadi manusia yang tabah
dan cukup harapan untuk membuat kita bahagia...
kuat, cukup penderitaan untuk membuat kita menjadi manusia yang tabah
dan cukup harapan untuk membuat kita bahagia...
Mungkin semua ini berguna utk masa depan sy.. Mencorak sy menjadi dewasa.. Umur yg dewasa shj belum tentu menjamin kedewasaan seseorang... Stiap yg berlaku adalah pengalaman kehidupan.. Bukan ilmu pelajaran yang bisa dituntut di sekolah atau universiti.. Hanya yg lalui shj bisa merasa... Sy akan terus melangkah dan terus melangkah.....
No comments:
Post a Comment