Mar 24, 2011

Semangat

As-salam...
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan..
Ku bersyukur adanya DIA..
Mendengar segala rasa..
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya..
Terasa lama jejari saya tidak menari di pentas blog ini.. Ketiadaan saya kali ini sangat berbeza berbanding sebelum2 ini.. Apabila mengetahui orang yg kita sayang menghidapi penyakit, satu perasaan sukar diungkap lahir dihati.. Tapi demi menjaga kesihatan orang yang kita sayang, perasaan sedih semua dipendam jauh di lubuk hati.. Hanya senyuman dan pujukan semangat dilemparkan untuk beliau.. Sesungguhnya kasih sayang itu menuntut pengorbanan yang tinggi.. 

Dengan apa yang berlaku, saya dapat rasakan, sokongan orang tersayang mampu menguatkan semangat pesakit.. Tiada kata mampu sy luahkan betapa sayangnya sy kepada adik sy.. Sanggup sy korbankan segalanya utk kesihatan beliau selagi termampu sy.. Doa sy tidak pernah putus mendoakan keselamatan dan kesihatan beliau.. Seringkali sy berpesan, bukan senang untuk senang adik.. Usahalah tanpa jemu.. Dan kini, beliau perlu lebih dari sekadar kata2 itu untuk meneruskan pelajaran beliau, malah kasih syg yang lebih mendalam bg menjaga kesihatan beliau..

Kalau sebelum ini, sy hanya menonton drama di tv dan menitis kan airmata, kini airmata jernih itu hadir secara realiti.. dan pd hari terakhir adik sy di hospital, sy pula tidak kuat berdepan keadaan sukar ini.. gastrik menyerang lagi disertakan dengan BP yang diparas berjaga2.. huh! sy sekali lagi perlu mengawal perasaan, dengan byak info sy tahu berkenaan effect high BP, membuatkan sy sgt panic, shingga sy merasa hari tersebut adalah slah stu hari paling menakutkan dlam hidup sy.. Betapa perlu orang2 yang kita syg disekeliling kita untuk membuatkan kita kuat.. Terima kasih tak terhingga buat mama dan papa, yang dtg dilewat malam untuk menemankan sy.. Sungguh, tanpa mereka, sy tak dpt bayangkan apa yang akan berlaku ke atas sy..

Dari episod itu, sy dpt rasakan adik sy sbenarnya jauh lebih kuat dr sy sendri.. Ketabahan dan semangat beliau sgt tinggi.. Tahap rilek beliau membuatkan sy kagum.. Semoga kakakmu ini sekuat kamu juga wahai adik tercinta.. Terkadang hidup sgt sukar dijangka, pelbagai rencah diatur namun ketentuan tetap ditangan yang ESA.. sesungguhnya ini yg terbaik drNYA untuk kami sekeluarga, walau apapun, sy bersyukur, kami msih diberi peluang menghirup udara segar di bumi indah ciptaanNYA.. Semoga msa2 yang lebih ini kami sekeluarga dilimpahi hidayah untuk lebih dekat denganNYA.. Sesungguhnya hanya DIA tahu setiap getaran rasa di hati kecil ku ini..

Ckuplah perkongsian sy untuk kali ini.. Sy hargai setiap detik rencah dan perkara yang berlaku dalam hdup sy.. Akan sy jdikan bekalan untuk meneruskan dan lebih memahami kehidupan ini.. Sy yakin, setiap yng berlaku pasti ada hikmahnya, masakan apa yang berlaku ini sia-sia.. Insyaallah, sy akan tabah melalui segalanya dengan ada orang2 yang menyayangi sy seadanya..

2 comments:

  1. cik D....sgt meruntun jiwa en3 ini...didoakan cik D n adik tabah mnghadapi sgl cabaran..sesungguhnye wl ape yg trjadi kte msh ade parents utk bersndar dan pembkr semngt,syukur...jage diri n kshtn molek2...luv u:)

    ReplyDelete
  2. thanks pn gojes.. en3 ni hanya luahan hati i, kdg2 bila perlu berkata2, blog ni jd tempat i luah rsa.. luv u 2 pn gojes.. fren foreva!

    ReplyDelete