Aug 9, 2012

:)

Assalammualaikum

Ingatlah, dalam setiap rasa sakit yang Allah beri, pasti terselit kemanisan.
Kasih sayang Allah itu maha agung.
Redhalah wahai hati.

Ku mohon padaMu Ya Rabb, 
Berikan aku kekuatan tuk melalui dugaan ini.
Berikan aku kekuatan tuk redha dengan ketetentuanMu.

Ampunkan aku kerana terkadang aku rapuh. 
Terleka melayan perasaan.
Terlalu gusar memikir takdir esok.
Bukankah aku ada kamu yang sentiasa di sisiku.
 Sungguh aku mengaku, kebergantunganku hanya padaMu.
Ampunkan aku Ya Allah. 
HambaMu yang banyak dosa.


Menjelang detik 10 malam terakhir Ramadhan mulia.
Semoga kita cukup kuat tuk semarakkan Ramadhan kali ini.
InsyaAllah.

Tarikh viva insyaAllah pd 27/8, dan mock viva pd 14/8.
Keduanya perlu tumpuan.
Semoga aku kuat lalui semuanya, 
kerana ketentuan Allah itu selari dengan kemampuan hambaNya.
Allahuakbar.

nur.

No comments:

Post a Comment