Feb 27, 2011

Itulah cinta sebenar cinta...

As-salam...
Hari ini adalah pagi Ahad yang indah.. Selepas menunaikan tanggungjawab di hening pagi, sy ke dapur menyediakan menu ringkas untuk juadah pagi.. Kemudian ke laptop mengisi ruang-ruang antara perenggan pada draft thesis saya.. InsyAllah, sedikit sahaja lagi, ke bab 5 dan akan dicourier secara maya ke PM Dr Penyelia saya.. Saya akn cuba siapkan hari ini juga untuk membolehkan saya fokus menanda kertas-kertas ujian dan report pelajar yang agak banyak..Ye, bak kata Prof Dr Muhaya, positif terhadap apa sahaja, saya yakin saya mampu siapkan semua mengikut perancangan dengan adanya Pencipta bersama saya...

Sedikit perkongsian pagi ini adalah berkenaan seorang lelaki bernama Chris Medina..Secara jujur, saya bukanlah peminat rancangan realiti Amerika, American Idol (AI).. Tetapi kerana lelaki ini, saya terpanggil untuk menonton dan mengikuti setiap episod kisah AI di channel 711.. walau beliau berlainan agama, namun perkara kebaikan harus dicontohi bukan bersyarat selagi mengikut ketetapan dari Pencipta..
Saya kongsikan sedikit video menerangkan apa isi hati saya terhadap lelaki ini..
 
Apa perasaan kalian...? Saya tidak mampu berkata-kata, hanya titisan-titisan jernih menjawab segalanya.. Cinta bukan hanya ketika kesempurnaan itu secara lahiriah semata-mata...Kerana pada saya cinta adalah sebuah rasa bukan dari pandangan mata sahaja.. Walau kesempurnaan lahiriah seakan hilang, rasa tetap ada... Itulah cinta sebenar cinta...

"What am I gonna do when the best part of me was always you
What am I supposed to say when I'm all choked up and you're ok
One still in love while the other one's leaving
Cuz when a heart breaks no it don't break even
I'm falling to pieces 

They say bad things happen for a reason
But no wise words gonna stop the bleeding
Coz he's moved on while I'm still grieving
And when a heart breaks
no it don't break even, even no"
  
Cinta sejati juga adalah ketika dia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata, aku turut bahagia untukmu.. Maka, pilihlah cinta bagaimana yang kamu mahu... fikir-fikirkanlah..

p/s: semoha Chris Medina terus menjadi Chris Medina yang saya kenali melalui AI 10. Walau tidak berjaya ke top 24, saya akin kamu akan berjaya dijalan kamu tersendiri..

2 comments:

  1. kte fllw gak AI ni...chris xdpt kan msk top24...jennifer nangis truk after gtau yg chris xtrplh...
    tp die mmg seorg yg sgt setia kan...tunang die dh jd cmtu pun still die snggup berthn n sacrifice...smg cinta mereka kekal selamanya...

    ReplyDelete
  2. ye betul pn gojes..
    sesungguhnya lelaki seperti ini wujud, tetapi faktor sebanyak mn kewujudannya itu yg diragui..
    Semoga mereka bahagia dengan cara mereka.. =)))

    ReplyDelete